Selamat Datang Ke Blog SK Bukit Bayas,Kuala Terengganu, Email : tba3095@gmail.com,blog: skbbkt@blogspot.com

Aktiviti

SEKAPUR SIRIH


 


  Alhamdulillah, Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah diberi hayat untuk terus beragenda di tahun 2015. Bersediakah kita untuk mendepani cabaran serta transformasi yang bakal kita lalui.

Para guru dan kakitangan yang dihormati,

    Di hadapan kita menunggu anak didik yang dahagakan didikan dan bimbingan. Kita dibekalkan dengan Visi, Misi serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 oleh pihak Kementerian Pendidikan malaysia. Di atas bahu kita terpikul tanggungjawab untuk menjayakannya. para guru terlibat secara langsung di peringkat sekolah. Kita dituntut untuk menzahirkan keberhasilan seterusnya kemenjadian murid yang bermakna dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum dan ketrampilan diri seperti yang tersurat dan tersirat dalam FPK dan PPPM.

   Untuk mencapai hasrat tersebut, para guru perlu mempunyai ilmu serta kefahaman yang mendalam dalam bidang-bidang berkenaan. Oleh itu kita perlu proaktif menerokainya melalui pelbagai sumber terkini. Guru-guru perlu peka dengan perkembangan terkini seperti keperluan murid menguasai Kemahiran berfikir Aras Tinggi (KBAT/ HOTS).

   Dalam kesempatan ini juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada GPK, guru dan kakitangan sokongan yang banyak membantu dalam pembiikinan Blog Sekolah ini. In Sya Allah semangat kerjasama dapat kita teruskan buat masa-masa hadapan.



Sekian, terima kasih



MOHAMAD BIN SULAIMAN
GURU BESAR
SK BUKIT BAYAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan