Selamat Datang Ke Blog SK Bukit Bayas,Kuala Terengganu, Email : tba3095@gmail.com,blog: skbbkt@blogspot.com

Aktiviti

Khamis, 4 Disember 2014

## AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2014

Salam di awal Disember dan di bulan terakhir bagi tahun 2014. Terlalu banyak aktiviti yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas. Jom...sama-sama kita imbas..

## Majlis Sambutan Maulidur Rasul
      Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari Selasa (14 Januari 2014). Antara program yang dijalankan sepanjang majlis tersebut adalah Perhimpunan agi, Perarakan murid bersama guru dan kakitangan sekolah ke Masjid Sungai Derhaka, Ceramah Maulidur Rasul Oleh Penceramah yang dijemput khas dari Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Terengganu dan juga pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan 2.

## Kejohanan Merentas Desa 
       Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari Khamis ( 30 Januari 2014) dan telah disertai oleh murid-murid tahap 1 yang terdiri dari murid tahun 1 hingga 3 dan Tahap 2 yang terdiri dari murid tahun 4 hingga 6.  Kejohanan ini bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semua guru dan juga guru KAFA telah terlibat dalam kejohanan ini. Ia adalah kejohanan tahunan yang diadakan setiap tahun.
   
## Majlis Sambutan Hari Guru 
       Hari yang paling bahagia buat insan yang bergelar pendidik tidak lain tidak bukan adalah hari Guru yang sentiasa disambut penuh penuh gilang gemilang di pelusuk sekolah di Malaysia. tidak ketinggalan SK Bukit Bayas yang juga telah meraikan Hari Guru pada hari Ahad (18/5/2014). Sambutan hari guru bermula seawal jam 7.30pg, Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jaya nya.antara aktivitinya adalah ucapan Guru besar, guru-guru, ikrar guru-guru, nyanyian lagu "kami guru Malaysia" dan seterusnya di sambung pula dengan aktiviti padang yang melibatkan murid-murid, guru dan semua kakitangan sekolah.Tema Hari Guru pada tahun ini ialah GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.





## Majlis Persaraan Guru : Puan Fuziah bt Mohd Yusof
       Majlis Budi Abadi, Harum Dalam Seuntai Nama adalah sempena meraikan persaraan Cikgu Fauziah bt Mohd Yusof yang telah berjasa di SK Bukit Bayas bermula dari tahun 2011 hingga 2014. Majlis ini telah berlangsung dengan sempurna pada hari Khamis (24 Julai 2014) di Dewan SK Bukit Bayas. Semoga yang dirai sentiasa sihat, bahagia dan di berikan kesihatan yang baik...

## Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 

       Setelah sebulan menunaikan Rukun Islam ketiga, Semua umat Islam meraikan hari yang sangat gembira, begitu juga dengan warga SK Bukit Bayas yang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah pada hari Isnin (4/8/2014) di dewan sekolah. Sambutan ini juga turut mengundang tetamu dari luar seperti Mantan guru SKBB, Wakil PIBG SKBB, dan juga PPD Kuala Terengganu.






## Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 57

       Sempena Hari Kemerdekaan ke 57, SK Bukit Bayas juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari yang sangat bersejarah itu. majlis Sambutan bulan kemerdekaan telah dijalankan dengan jayanya oleh guru-guru dan semua murid pada hari Khamis (28/8/2014) di dataran perhimpunan SK Bukit Bayas. tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2014 adalah "Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Diharapkan agar warga SK Bukit Bayas dapat menjiwai dan mendalami maksud tema tersebut.







## Majlis Persaraan Guru : Mr Tan Suay Saeng dan Encik Roslan b Mohamad

       Majlis Persaraan yang kedua kalinya untuk tahun 2014 ini menggabungkan 2 orang guru iaitu Cikgu Roslan b Mohamad dan juga Mr Tan Suay Saeng. Majlis ini telah dijalankan pada hari Rabu (12/11/2014) di dewan SK Bukit Bayas. Sedikit menyedihkan kerana Cikgu Roslan tidak dapat hadir pada majlis ini kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.







## Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar
       Menjadi acara tahunan di setiap kali penghujung tahun, Majlis Graduasi Pra Sekolah Ibnu Hajar dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Murid SK Bukit Bayas telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari Isnin (17/11/2014) di Dewan SK Bukit Bayas. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ia dirasmikan oleh YBHG Dato' Mohd Sabri bin Alwi, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.


## Jamuan Akhir Tahun Guru-guru
       Setelah bertungkus lumus sepanjang tahun mendidik murid-murid SK Bukit Bayas, tiba lah masanya Guru-guru menikmati jamuan akhir tahun  yang gilang gemilangnya diadakan di Restoran Matahari pada hari Isnin (17/11/2014). Jamuan ini bermula pada jam 2.00 petang. Semoga guru-guru lebih memberikan komitmen yang semaksima mungkin demi melahirkan murid SK Bukit Bayas berjaya, cemerlang dan gah di mata dunia. Insya Allah....







## Majlis Penyerahan Keputusan Ujian UPSR, Sijil Tamat Sekolah dan Profail Murid-murid Tahun 6 2014

       Setelah pelbagai isu yang dikaitkan dengan peperiksaan Ujian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, inilah saat yang dinanti  oleh semua murid tahun 6, begitu juga dengan murid-murid tahun 6 SK Bukit Bayas. Saat-saat mendebarkan apabila keputusan UPSR diumumkan pada hari Khamis (26/11/2014). Seramai 48 orang calon UPSR dari SK Bukit Bayas telah menerima keputusan pada jam 10.30 pagi, ada yang suka dan tidak ketinggalan ada yang menitiskan airmata kecewa.Ucapan setinggi tinggi tahniah buat 3 orang murid yang berjaya menggondol 5A UPSR..Semoga terus maju dan maju untuk masa akan datang.