Selamat Datang Ke Blog SK Bukit Bayas,Kuala Terengganu, Email : tba3095@gmail.com,blog: skbbkt@blogspot.com

Aktiviti

SEJARAH

SEJARAH SK BUKIT BAYAS
Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Kuala Terengganu telah dibina pada tahun 1998 di atas tanah bendang di Kampung Seberang Baruh bersebelahan Kampung Bukit Bayas.

Pada awalnya murid sekolah ini ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dengan bilangan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 4 dengan keramaian murid seramai 210 orang dan 23 orang guru.

Pada tahun 1999, setelah bangunan sekolah siap dibina baharulah semua murid dan guru dipindah ke sekolah ini dengan prasarana dua blok bangunan, sebuah kantin dan dua padang permainan.

Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas ini di kelilingi oleh beberapa buah kampung kecil yang lain iaitu Kampung Sungai Derhaka, Kampung Laut, Kampung Gelong Bilal dan Kampung Bukit Depu. Sekolah ini juga berhampiran dengan beberapa buah sekolah rendah yang lain antaranya SK. Tengku Bariah, SK. Pasir Panjang dan SK. Kg. Bukit. Semua sekolah-sekolah ini mempunyai keramaian murid yang jauh lebih ramai dari sekolah ini.

Suasana persekitaran perkampungan ini sedikit sebanyak mempengaruhi budaya murid-murid sekolah ini. Keadaan yang jauh dari keriuhan bandar dan kenderaan memberi ketenangan kepada guru-guru dan murid-murid seterusnya menjadikan sekolah ini amat selesa untuk mengajar dan belajar. Tingkahlaku murid-murid di sini tidak agresif, sopan santun dan mendengar kata menyebabkan prestasi mereka meningkat dan memudahkan berbagai aktiviti dijalankan.



SENARAI NAMA GURU BESAR YANG TELAH BERKHIDMAT DI SK BUKIT BAYAS
BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH BERKHIDMAT
1 ENCIK ALIAS BIN ISMAIL 01 JAN 1998 - 10 JUN 1999
2 TUAN HAJI MOHAMAD BIN NGAH 16 JULAI 1999 - 30 MAC 2000
3 ENCIK SELAMAT BIN MAHMUD 06 JUN 2000 - 15 SEPT 2002
4 YM PUAN HJH TUAN YUHANI BT TUAN DALAM 16 SEPT 2002 - 17 OGOS 2005
5 PUAN ROHAYA BT IBRAHIM 16 SEPT 2005 - 31 OGOS 2010
6 ENCIK RAMLI BIN BABA 01 SEPT 2010 - 31 OKT 2011
7 ENCIK ROSLAN BIN OMAR 01 NOV 2011 - 30 NOV 2012
8 TUAN HAJI ISMAIL BIN ABD RAHMAN 01 DIS 2012 - 05 FEB 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan