Selamat Datang Ke Blog SK Bukit Bayas,Kuala Terengganu, Email : tba3095@gmail.com,blog: skbbkt@blogspot.com

Aktiviti

Rabu, 12 Jun 2013

PROGRAM NAIK TARAF BILIK-BILIK UTAMA SK BUKIT BAYAS 2013


13 April 2013 - Pihak Pengurusan Sekolah bersama-sama guru dan murid SKBB telah mengadakan satu program yang diberi nama Program Naik Taraf Bilik-bilik Utama.

RASIONAL nya program ini adalah bilik-bilik utama di sekolah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu, ianyya hendaklah sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih, menarik dan ceria.
Dengan adanya Program Naik Taraf ini, bilik-bilik tersebut akan sentiasa dibuat penambahbaikan agar mencapai apa yang disasarkan.

OBJEKTIF - Memastikan bilik-bilik utama ini sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
Menanam rasa tanggungjawab di kalangan warga SKBB
Memastikan bilik-bilik tersebut dibuat penambahbaikan mengikut kemampuan tenaga dan kewangan sekolah.




BILIK KESIHATAN YANG TELAH DI TRANSFORM




BILIK jQAF

BILIK TAYANG @ MEDIA


PUSAT SUMBER SEKOLAH


Selasa, 11 Jun 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan secara rasminya pada 16 Mei 2013 (Khamis) bertempat di Sk Bukit Bayas.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Di Pertua PIBG SK Bukit Bayas iaitu Encik Ariffin bin Ali.


Majlis ini dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku, di ikuti dengan ucapan wakil ketua murid SK Bukit Bayas.

Selepas itu majlis di teruskan dengan Ucapan Yang Di Pertua PIBG, Bacaan Perutusan oleh Wakil Pengarah Pelajaran Terengganu.

Setelah selesai ucapan tersebut, Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, dan diikuti dengan Ikrar Hari guru yang dipimppin oleh Ustaz Zakaria b Said.

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia telah dinyanyikan oleh semua guru dengan penuh semangat dan majlis pagi di akhiri dengan sesi bergambar.







Antara kenangan-kenangan terindah dan saat gembira DI HARI GURU SK BUKIT BAYAS




Isnin, 4 Februari 2013

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN SESI 2013



03 Feb (Ahad) - Sk Bukit Bayas telah mengadakan satu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Media dan juga Pengawas Pusat Sumber secara serentak. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Bayas, En Ismail b Abd Rahman.

Seramai 43 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, 34 orang murid dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber dan 11 orang murid dilantik sebagai Pengawas Media Sekolah.















SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

ISNIN, 04 Feb- Tepat jam 8.00pagi telah dijalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang mana pada tahun ini bertemakan "Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah" Sambutan ini disertai oleh semua guru, kakitangan sekolah dan juga murid-murid tahun 1 hingga 6.

Majlis ini dimulai dengan perhimpunan semua murid di dataran sekolah, dan acara selawat yang diketuai oleh Ustaz Zakaria b Said.


Setelah selesai acara selawat itu, majlis diteruskan dengan pertandingan sepanduk terkreatif dan tercantik yang dihakimi oleh Cikgu Teh bt Deraman, Mr Tan Suay Saeng dan  Pn Alfitah bt Atan.






Setelah selesai penjurian sepanduk, program diteruskan dengan perarakan semua murid dan guru ke beberapa buah kampung yang mengambil masa selama 1jam.

Kumpulan Kompang Sk Bukit Bayas




Majlis diteruskan lagi dengan ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab b Abdul Rahman dari Unit Dakwah Yayasan Islam Terengganu.

Acara terakhir utk Majlis ini adalah Pertandingan Azan dan Iqamah dan juga Hafazan yang disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga 6. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu  Tahap 1 dan Tahap 2. pertandingan azan hanya terbuka kepada murid-murid lelaki dan pertandingan Iqamah terbuka kepada murid-murid perempuan.

Juri yang menghakimi pertandingan Azan, Iqamah dan Hafazan















Rabu, 30 Januari 2013

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAL AWAL PERSEKOLAHAN



Yg Berbhg. Dato Wan Hisyam b Dato Wan Salleh menyempurnakan penyerahan RM100 kepada murid-murid si SK Bukit Bayas.





Pada 23 Januari 2013 (Rabu) telah di adakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan RM100 di sekolah ini. Seramai 287 orang murid telah menerima bantuan tersebut. Penyerahan tersebut telah di sempurnakan oleh tetamu jemputan iaitu Yg. Berbahgia Dato Wan Hisyam b. Dato Wan Salleh.

Selasa, 29 Januari 2013


Kepada Semua Murid SK Bukit Bayas..Selamat Kembali Ke Sekolah. begitu juga warga guru dan staf selamat kembali..diharap tahun baru 2013 akan menjadi tahun kegemilangan untuk kita semua.