Ahad, 21 Jun 2015
Rabu, 17 Jun 2015
IHYA RAMADHAN 1436H
Ramadan adalah bulan penuh berkat yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam. Di dalamnya ibadah diberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda. Di dalamnya juga ada malam yang diberi keutamaan melebihi 1000 bulan yang lain. Dan di dalamnya juga Al-Qur’an diturunkan. Berjumpa dengan bulan Ramadhan merupakan kenikmatan yang sangat besar. Ia ibarat bazaar yang menyediakan jualan dengan tawaran yang sangat menakjubkan.
Ibnu Rajab al-Hanbali berkata,”Barangsiapa yang pada bulan Ramadan ini tidak beruntung, maka bila lagi dia akan beruntung? Barangsiapa yang pada bulan suci ini tidak dapat mendekatkan dirinya kepada Allah, maka sungguh dia sangat rugi.”
Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang soleh terdahulu selalu mendambakan supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Salah satu teladan dari ulama Salaf, mereka tekun berdoa dan memohon kepada Allah, agar dapat menjumpai bulan Ramadan.
Mu’alla bin Al Fadhl berkata, “Mereka (para salaf terdahulu) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan”. Ini merupakan salah satu cerminan berserah diri kepada Allah.
Bulan Kesabaran dan Bulan Al-Qur’an
Selain dikenali sebagai bulan puasa, Ramadan juga dikenal dengan beberapa nama lain sesuai dengan keutamaannya. Satu darinya ialah “bulan kesabaran” seperti yang dilaporkan dalam kitab Silsilah Hadis Sahih oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (semoga Allah merahmatinya).
Imam Malik bin Anas, yang selalu dipanggil Imam Darul Hijrah pula berkata bahawa Ramadan ialah “bulan Al-Qur’an”. Al-Qur’an adalah kalam Allah diturunkan dari Luh Mahfudz ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan.
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
Adab Menyambut Ramadan
Secara khusus tiada amalan atau ritual yang tertentu disyariatkan untuk menyambut bulan yang agung ini. Hanya sahaja sarjana dan intelektual Islam terdahulu menasihatkan beberapa panduan sebagai persedian menyambut bulan yang penuh berkat ini. Syaikh Dr. Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaili dalam sebuah nasihatnya menyebutkan beberapa perkara darinya.
Pertama, beliau memetik Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (semoga Allah merahmatinya) yang mengingatkan, dalam menyambut datangnya musim-musim ibadah, seorang hamba sangat memerlukan bimbingan, bantuan dan taufiq dari Allah. Caranya, ialah dengan bertawakkal kepada Allah.
Apapun ibadah yang dilakukan pada bulan ini perlu dilakukan semata-mata untuk mendapatkan rahmat dari Allah. Jangan berpuasa untuk diet atau sihat, tidak juga solat terawih untuk bersosial dengan tetangga sekampung atau mengkhatam Al-Qur’an demi meraikan majlis khatam Al-Qur’an hujung Ramadan.
Kemudian, ketika melakukan ibadah, maka yang perlu diperhatikan seorang hamba ialah ikhlas dalam beramal dan ittiba’ (mengikuti petunjuk) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Puasa adalah ibadah khusus yang termasuk satu dari rukun Islam yang lima. Mengikut petunjuk Nabi dalam berpuasa termasuk tata cara berpuasa seperti Nabi. Baik cara bersahur, cara berbuka, menahan lapar-dahaga, menundukkan pandangan, menjaga lidah dan telinga dari hal yang di larang dan beberapa tata cara yang lain.
Selepas melaksanakan ibadah, yang harus dikerjakan ialah memperbanyak istighfar (meminta ampun) atas kesalahan dalam melaksanakan ibadah. Disamping itu, juga harus memperbanyak pujian kepada Allah yang telah memberikan taufiq.
Kedua : Sebelum Ramadan tiba, hal lain yang harus dilakukan seorang hamba ialah bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah Azza wa Jalla,
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai”. (At Tahrim : 8).
Mudah-mudahan beberapa wasiat dan nasihat dari ulama’ ini dapat menyiapkan kita untuk bertemu dengan Ramadan yang bakal menjelma.
Isnin, 25 Mei 2015
MENERIIMA QADA' DAN QADAR ALLAH
Sejenak kita berfikir, apa yang berlaku
Qada' dan Qadar dari Allah. Apa itu Qada' dan apa itu Qadar.
Qada' bermaksud kehendak, dan Qadar adalah keputusan. Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah Rukun Iman keenam. iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.
Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa
Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda
s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari
akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya
mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban
dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk.
Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w
menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith
Musnad Ahmad
Sebagai seorang Islam, wajiblah Muslim Yakin bahawa segala apa
yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk buat melainkan dengan adanya
Izin Allah. Seseorang hendak
buat baik atua buruk perlukan Izin Allah. Ataupun apa yang di rancangan Manusia
hanya akan terlaksana jika di takdirkan Allah. Ada takdir yang mana tidak
sesuai dengan apa yang kita hendak ada takdir yang selari dengan kehendak kita.
Lahir di perut siapa ketrunan apa dan sebaginya bukan sesuatu di atas pilihan
kita. Ada takdir yang selari dengan kehenadak kita seperti pilhan buat baik
atau jahat. kita berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah
tidak Izinkan. sebab itu ia di Hisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan dengan
Izin Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa.
Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancangn Tuhan yang
tentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman.
Sabtu, 23 Mei 2015
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2015
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
2015
14 Mei 2015 - Program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah telah selesai dengan jayanya. Perkhemahan tersebut telah disertai oleh murid-murid tahun 5 dan 6 yang terdiri daripada empat unit beruniform iaitu Kontinjen Pengakap, Kontinjen PBSM, Kontinjen Puteri Islam dan juga Kontinjen TKRS.
Ia telah dirasmikan oleh Tuan guru besar iaitu Encik Mohamad bin Sulaiman pada jam 3.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.
Semoga dengan penglibatan murid-murid di dalam program ini dapat menjadikan murid-murid lebih berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama dan negara. Besar harapan guru-guru semoga program seperti ini dapat di adakan setiap tahun.
Peserta berkumpul untuk sesi taklimat
Barisan Kontinjen KELANA dari Kem Telaga Batin turut sama membantu program perkhemahan
.
Rabu, 20 Mei 2015
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015
WARGA SK BUKIT BAYAS YANG MENYAMBUT HARI GURU
18 Mei 2015 - Secara rasminya, SK Bukit Bayas telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah dengan jayanya. Sambutan ini di raikan oleh semua warga sekolah termasuklah guru-guru KAFA.
Langgan:
Catatan (Atom)