Selamat Datang Ke Blog SK Bukit Bayas,Kuala Terengganu, Email : tba3095@gmail.com,blog: skbbkt@blogspot.com

Aktiviti

Khamis, 4 Disember 2014

## AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2014

Salam di awal Disember dan di bulan terakhir bagi tahun 2014. Terlalu banyak aktiviti yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas. Jom...sama-sama kita imbas..

## Majlis Sambutan Maulidur Rasul
      Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari Selasa (14 Januari 2014). Antara program yang dijalankan sepanjang majlis tersebut adalah Perhimpunan agi, Perarakan murid bersama guru dan kakitangan sekolah ke Masjid Sungai Derhaka, Ceramah Maulidur Rasul Oleh Penceramah yang dijemput khas dari Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Terengganu dan juga pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan 2.

## Kejohanan Merentas Desa 
       Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari Khamis ( 30 Januari 2014) dan telah disertai oleh murid-murid tahap 1 yang terdiri dari murid tahun 1 hingga 3 dan Tahap 2 yang terdiri dari murid tahun 4 hingga 6.  Kejohanan ini bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semua guru dan juga guru KAFA telah terlibat dalam kejohanan ini. Ia adalah kejohanan tahunan yang diadakan setiap tahun.
   
## Majlis Sambutan Hari Guru 
       Hari yang paling bahagia buat insan yang bergelar pendidik tidak lain tidak bukan adalah hari Guru yang sentiasa disambut penuh penuh gilang gemilang di pelusuk sekolah di Malaysia. tidak ketinggalan SK Bukit Bayas yang juga telah meraikan Hari Guru pada hari Ahad (18/5/2014). Sambutan hari guru bermula seawal jam 7.30pg, Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jaya nya.antara aktivitinya adalah ucapan Guru besar, guru-guru, ikrar guru-guru, nyanyian lagu "kami guru Malaysia" dan seterusnya di sambung pula dengan aktiviti padang yang melibatkan murid-murid, guru dan semua kakitangan sekolah.Tema Hari Guru pada tahun ini ialah GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.





## Majlis Persaraan Guru : Puan Fuziah bt Mohd Yusof
       Majlis Budi Abadi, Harum Dalam Seuntai Nama adalah sempena meraikan persaraan Cikgu Fauziah bt Mohd Yusof yang telah berjasa di SK Bukit Bayas bermula dari tahun 2011 hingga 2014. Majlis ini telah berlangsung dengan sempurna pada hari Khamis (24 Julai 2014) di Dewan SK Bukit Bayas. Semoga yang dirai sentiasa sihat, bahagia dan di berikan kesihatan yang baik...

## Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 

       Setelah sebulan menunaikan Rukun Islam ketiga, Semua umat Islam meraikan hari yang sangat gembira, begitu juga dengan warga SK Bukit Bayas yang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah pada hari Isnin (4/8/2014) di dewan sekolah. Sambutan ini juga turut mengundang tetamu dari luar seperti Mantan guru SKBB, Wakil PIBG SKBB, dan juga PPD Kuala Terengganu.






## Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 57

       Sempena Hari Kemerdekaan ke 57, SK Bukit Bayas juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari yang sangat bersejarah itu. majlis Sambutan bulan kemerdekaan telah dijalankan dengan jayanya oleh guru-guru dan semua murid pada hari Khamis (28/8/2014) di dataran perhimpunan SK Bukit Bayas. tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2014 adalah "Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Diharapkan agar warga SK Bukit Bayas dapat menjiwai dan mendalami maksud tema tersebut.







## Majlis Persaraan Guru : Mr Tan Suay Saeng dan Encik Roslan b Mohamad

       Majlis Persaraan yang kedua kalinya untuk tahun 2014 ini menggabungkan 2 orang guru iaitu Cikgu Roslan b Mohamad dan juga Mr Tan Suay Saeng. Majlis ini telah dijalankan pada hari Rabu (12/11/2014) di dewan SK Bukit Bayas. Sedikit menyedihkan kerana Cikgu Roslan tidak dapat hadir pada majlis ini kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.







## Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar
       Menjadi acara tahunan di setiap kali penghujung tahun, Majlis Graduasi Pra Sekolah Ibnu Hajar dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Murid SK Bukit Bayas telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari Isnin (17/11/2014) di Dewan SK Bukit Bayas. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ia dirasmikan oleh YBHG Dato' Mohd Sabri bin Alwi, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.


## Jamuan Akhir Tahun Guru-guru
       Setelah bertungkus lumus sepanjang tahun mendidik murid-murid SK Bukit Bayas, tiba lah masanya Guru-guru menikmati jamuan akhir tahun  yang gilang gemilangnya diadakan di Restoran Matahari pada hari Isnin (17/11/2014). Jamuan ini bermula pada jam 2.00 petang. Semoga guru-guru lebih memberikan komitmen yang semaksima mungkin demi melahirkan murid SK Bukit Bayas berjaya, cemerlang dan gah di mata dunia. Insya Allah....







## Majlis Penyerahan Keputusan Ujian UPSR, Sijil Tamat Sekolah dan Profail Murid-murid Tahun 6 2014

       Setelah pelbagai isu yang dikaitkan dengan peperiksaan Ujian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, inilah saat yang dinanti  oleh semua murid tahun 6, begitu juga dengan murid-murid tahun 6 SK Bukit Bayas. Saat-saat mendebarkan apabila keputusan UPSR diumumkan pada hari Khamis (26/11/2014). Seramai 48 orang calon UPSR dari SK Bukit Bayas telah menerima keputusan pada jam 10.30 pagi, ada yang suka dan tidak ketinggalan ada yang menitiskan airmata kecewa.Ucapan setinggi tinggi tahniah buat 3 orang murid yang berjaya menggondol 5A UPSR..Semoga terus maju dan maju untuk masa akan datang.















Sabtu, 4 Januari 2014


Assalamualaikum, Permulaan hari Ahad pertama untuk tahun baru 2014. Semoga kehadiran murid-murid ke SK Bukit Bayas sentiasa dibawah lindunganNya dan sentiasa Diberkati hendakNYA. amin....

Warga SKBB sentiasa mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke sekolah dengan penuh senyuman terukir di bibir. 

In Sya Allah...


Rabu, 12 Jun 2013

PROGRAM NAIK TARAF BILIK-BILIK UTAMA SK BUKIT BAYAS 2013


13 April 2013 - Pihak Pengurusan Sekolah bersama-sama guru dan murid SKBB telah mengadakan satu program yang diberi nama Program Naik Taraf Bilik-bilik Utama.

RASIONAL nya program ini adalah bilik-bilik utama di sekolah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu, ianyya hendaklah sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih, menarik dan ceria.
Dengan adanya Program Naik Taraf ini, bilik-bilik tersebut akan sentiasa dibuat penambahbaikan agar mencapai apa yang disasarkan.

OBJEKTIF - Memastikan bilik-bilik utama ini sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
Menanam rasa tanggungjawab di kalangan warga SKBB
Memastikan bilik-bilik tersebut dibuat penambahbaikan mengikut kemampuan tenaga dan kewangan sekolah.




BILIK KESIHATAN YANG TELAH DI TRANSFORM




BILIK jQAF

BILIK TAYANG @ MEDIA


PUSAT SUMBER SEKOLAH


Selasa, 11 Jun 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan secara rasminya pada 16 Mei 2013 (Khamis) bertempat di Sk Bukit Bayas.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Di Pertua PIBG SK Bukit Bayas iaitu Encik Ariffin bin Ali.


Majlis ini dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku, di ikuti dengan ucapan wakil ketua murid SK Bukit Bayas.

Selepas itu majlis di teruskan dengan Ucapan Yang Di Pertua PIBG, Bacaan Perutusan oleh Wakil Pengarah Pelajaran Terengganu.

Setelah selesai ucapan tersebut, Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, dan diikuti dengan Ikrar Hari guru yang dipimppin oleh Ustaz Zakaria b Said.

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia telah dinyanyikan oleh semua guru dengan penuh semangat dan majlis pagi di akhiri dengan sesi bergambar.







Antara kenangan-kenangan terindah dan saat gembira DI HARI GURU SK BUKIT BAYAS




Isnin, 4 Februari 2013

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN SESI 2013



03 Feb (Ahad) - Sk Bukit Bayas telah mengadakan satu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Media dan juga Pengawas Pusat Sumber secara serentak. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Bayas, En Ismail b Abd Rahman.

Seramai 43 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, 34 orang murid dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber dan 11 orang murid dilantik sebagai Pengawas Media Sekolah.















SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

ISNIN, 04 Feb- Tepat jam 8.00pagi telah dijalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang mana pada tahun ini bertemakan "Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah" Sambutan ini disertai oleh semua guru, kakitangan sekolah dan juga murid-murid tahun 1 hingga 6.

Majlis ini dimulai dengan perhimpunan semua murid di dataran sekolah, dan acara selawat yang diketuai oleh Ustaz Zakaria b Said.


Setelah selesai acara selawat itu, majlis diteruskan dengan pertandingan sepanduk terkreatif dan tercantik yang dihakimi oleh Cikgu Teh bt Deraman, Mr Tan Suay Saeng dan  Pn Alfitah bt Atan.






Setelah selesai penjurian sepanduk, program diteruskan dengan perarakan semua murid dan guru ke beberapa buah kampung yang mengambil masa selama 1jam.

Kumpulan Kompang Sk Bukit Bayas




Majlis diteruskan lagi dengan ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab b Abdul Rahman dari Unit Dakwah Yayasan Islam Terengganu.

Acara terakhir utk Majlis ini adalah Pertandingan Azan dan Iqamah dan juga Hafazan yang disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga 6. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu  Tahap 1 dan Tahap 2. pertandingan azan hanya terbuka kepada murid-murid lelaki dan pertandingan Iqamah terbuka kepada murid-murid perempuan.

Juri yang menghakimi pertandingan Azan, Iqamah dan Hafazan