Selamat Datang Ke Blog SK Bukit Bayas,Kuala Terengganu, Email : tba3095@gmail.com,blog: skbbkt@blogspot.com

Aktiviti

Rabu, 17 Jun 2015


Rasanya belum terlambat untuk kami SK Bukit Bayas merakamkan ucapan TAHNIAH di atas pelantikan tersebut. 

Semoga pendidikan Negeri Terengganu akan terus cemerlang dan terus gemilang di masa akan datang.

sekali lagi TAHNIAH!!!

IHYA RAMADHAN 1436H


Ramadan adalah bulan penuh berkat yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam. Di dalamnya ibadah diberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda. Di dalamnya juga ada malam yang diberi keutamaan melebihi 1000 bulan yang lain. Dan di dalamnya juga Al-Qur’an diturunkan. Berjumpa dengan bulan Ramadhan merupakan kenikmatan yang sangat besar. Ia ibarat bazaar yang menyediakan jualan dengan tawaran yang sangat menakjubkan.
Ibnu Rajab al-Hanbali berkata,”Barangsiapa yang pada bulan Ramadan ini tidak beruntung, maka bila lagi dia akan beruntung? Barangsiapa yang pada bulan suci ini tidak dapat mendekatkan dirinya kepada Allah, maka sungguh dia sangat rugi.”
Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang soleh terdahulu selalu mendambakan supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Salah satu teladan dari ulama Salaf, mereka tekun berdoa dan memohon kepada Allah, agar dapat menjumpai bulan Ramadan.
Mu’alla bin Al Fadhl berkata, “Mereka (para salaf terdahulu) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan”. Ini merupakan salah satu cerminan berserah diri kepada Allah.

Bulan Kesabaran dan Bulan Al-Qur’an

Selain dikenali sebagai bulan puasa, Ramadan juga dikenal dengan beberapa nama lain sesuai dengan keutamaannya. Satu darinya ialah “bulan kesabaran” seperti yang dilaporkan dalam kitab Silsilah Hadis Sahih oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (semoga Allah merahmatinya).
Imam Malik bin Anas, yang selalu dipanggil Imam Darul Hijrah pula berkata bahawa Ramadan ialah “bulan Al-Qur’an”. Al-Qur’an adalah kalam Allah diturunkan dari Luh Mahfudz ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan.
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 185)

Adab Menyambut Ramadan

Secara khusus tiada amalan atau ritual yang tertentu disyariatkan untuk menyambut bulan yang agung ini. Hanya sahaja sarjana dan intelektual Islam terdahulu menasihatkan beberapa panduan sebagai persedian menyambut bulan yang penuh berkat ini. Syaikh Dr. Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaili dalam sebuah nasihatnya menyebutkan beberapa perkara darinya.
Pertama, beliau memetik Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (semoga Allah merahmatinya) yang mengingatkan, dalam menyambut datangnya musim-musim ibadah, seorang hamba sangat memerlukan bimbingan, bantuan dan taufiq dari Allah. Caranya, ialah dengan bertawakkal kepada Allah.
Apapun ibadah yang dilakukan pada bulan ini perlu dilakukan semata-mata untuk mendapatkan rahmat dari Allah. Jangan berpuasa untuk diet atau sihat, tidak juga solat terawih untuk bersosial dengan tetangga sekampung atau mengkhatam Al-Qur’an demi meraikan majlis khatam Al-Qur’an hujung Ramadan.
Kemudian, ketika melakukan ibadah, maka yang perlu diperhatikan seorang hamba ialah ikhlas dalam beramal dan ittiba’ (mengikuti petunjuk) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Puasa adalah ibadah khusus yang termasuk satu dari rukun Islam yang lima. Mengikut petunjuk Nabi dalam berpuasa termasuk tata cara berpuasa seperti Nabi. Baik cara bersahur, cara berbuka, menahan lapar-dahaga, menundukkan pandangan, menjaga lidah dan telinga dari hal yang di larang dan beberapa tata cara yang lain.
Selepas melaksanakan ibadah, yang harus dikerjakan ialah memperbanyak istighfar (meminta ampun) atas kesalahan dalam melaksanakan ibadah. Disamping itu, juga harus memperbanyak pujian kepada Allah yang telah memberikan taufiq.
Kedua : Sebelum Ramadan tiba, hal lain yang harus dilakukan seorang hamba ialah bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah Azza wa Jalla,
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai”. (At Tahrim : 8).



Mudah-mudahan beberapa wasiat dan nasihat dari ulama’ ini dapat menyiapkan kita untuk bertemu dengan Ramadan yang bakal menjelma.

Isnin, 25 Mei 2015

MENERIIMA QADA' DAN QADAR ALLAH


 Sejenak kita berfikir, apa yang berlaku Qada' dan Qadar dari Allah. Apa itu Qada' dan apa itu Qadar.

Qada' bermaksud kehendak, dan Qadar adalah keputusan. Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah Rukun Iman keenam. iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.
Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad 
Sebagai seorang Islam, wajiblah Muslim Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk buat melainkan dengan adanya Izin Allah. Seseorang hendak buat baik atua buruk perlukan Izin Allah. Ataupun apa yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana jika di takdirkan Allah. Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita hendak ada takdir yang selari dengan kehendak kita. Lahir di perut siapa ketrunan apa dan sebaginya bukan sesuatu di atas pilihan kita. Ada takdir yang selari dengan kehenadak kita seperti pilhan buat baik atau jahat. kita berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah tidak Izinkan. sebab itu ia di Hisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan dengan Izin Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancangn Tuhan yang tentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman.


sumber dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Qada_dan_Qadar

Sabtu, 23 Mei 2015

GOTONG ROYONG PERDANA 2015






PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
2015




14 Mei 2015 - Program Perkhemahan Unit Beruniform  Peringkat Sekolah  telah selesai dengan jayanya. Perkhemahan tersebut telah disertai oleh murid-murid tahun 5 dan 6 yang terdiri daripada empat unit beruniform iaitu Kontinjen Pengakap, Kontinjen PBSM, Kontinjen Puteri Islam dan juga Kontinjen TKRS.

Ia telah dirasmikan oleh Tuan guru besar iaitu Encik Mohamad bin Sulaiman pada jam 3.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.

Semoga dengan penglibatan murid-murid di dalam program ini dapat menjadikan murid-murid lebih berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama dan negara. Besar harapan guru-guru semoga program seperti ini dapat di adakan setiap tahun.

Peserta berkumpul untuk sesi taklimat


Barisan Kontinjen KELANA dari Kem Telaga Batin turut sama membantu program perkhemahan




 .

Rabu, 20 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015


WARGA SK BUKIT BAYAS YANG MENYAMBUT HARI GURU

18 Mei 2015 - Secara rasminya, SK Bukit Bayas telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah dengan jayanya. Sambutan ini di raikan oleh semua warga sekolah termasuklah guru-guru KAFA.









                           





Khamis, 4 Disember 2014

## AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2014

Salam di awal Disember dan di bulan terakhir bagi tahun 2014. Terlalu banyak aktiviti yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas. Jom...sama-sama kita imbas..

## Majlis Sambutan Maulidur Rasul
      Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari Selasa (14 Januari 2014). Antara program yang dijalankan sepanjang majlis tersebut adalah Perhimpunan agi, Perarakan murid bersama guru dan kakitangan sekolah ke Masjid Sungai Derhaka, Ceramah Maulidur Rasul Oleh Penceramah yang dijemput khas dari Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Terengganu dan juga pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan 2.

## Kejohanan Merentas Desa 
       Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari Khamis ( 30 Januari 2014) dan telah disertai oleh murid-murid tahap 1 yang terdiri dari murid tahun 1 hingga 3 dan Tahap 2 yang terdiri dari murid tahun 4 hingga 6.  Kejohanan ini bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semua guru dan juga guru KAFA telah terlibat dalam kejohanan ini. Ia adalah kejohanan tahunan yang diadakan setiap tahun.
   
## Majlis Sambutan Hari Guru 
       Hari yang paling bahagia buat insan yang bergelar pendidik tidak lain tidak bukan adalah hari Guru yang sentiasa disambut penuh penuh gilang gemilang di pelusuk sekolah di Malaysia. tidak ketinggalan SK Bukit Bayas yang juga telah meraikan Hari Guru pada hari Ahad (18/5/2014). Sambutan hari guru bermula seawal jam 7.30pg, Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jaya nya.antara aktivitinya adalah ucapan Guru besar, guru-guru, ikrar guru-guru, nyanyian lagu "kami guru Malaysia" dan seterusnya di sambung pula dengan aktiviti padang yang melibatkan murid-murid, guru dan semua kakitangan sekolah.Tema Hari Guru pada tahun ini ialah GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.





## Majlis Persaraan Guru : Puan Fuziah bt Mohd Yusof
       Majlis Budi Abadi, Harum Dalam Seuntai Nama adalah sempena meraikan persaraan Cikgu Fauziah bt Mohd Yusof yang telah berjasa di SK Bukit Bayas bermula dari tahun 2011 hingga 2014. Majlis ini telah berlangsung dengan sempurna pada hari Khamis (24 Julai 2014) di Dewan SK Bukit Bayas. Semoga yang dirai sentiasa sihat, bahagia dan di berikan kesihatan yang baik...

## Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 

       Setelah sebulan menunaikan Rukun Islam ketiga, Semua umat Islam meraikan hari yang sangat gembira, begitu juga dengan warga SK Bukit Bayas yang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah pada hari Isnin (4/8/2014) di dewan sekolah. Sambutan ini juga turut mengundang tetamu dari luar seperti Mantan guru SKBB, Wakil PIBG SKBB, dan juga PPD Kuala Terengganu.






## Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 57

       Sempena Hari Kemerdekaan ke 57, SK Bukit Bayas juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari yang sangat bersejarah itu. majlis Sambutan bulan kemerdekaan telah dijalankan dengan jayanya oleh guru-guru dan semua murid pada hari Khamis (28/8/2014) di dataran perhimpunan SK Bukit Bayas. tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2014 adalah "Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Diharapkan agar warga SK Bukit Bayas dapat menjiwai dan mendalami maksud tema tersebut.







## Majlis Persaraan Guru : Mr Tan Suay Saeng dan Encik Roslan b Mohamad

       Majlis Persaraan yang kedua kalinya untuk tahun 2014 ini menggabungkan 2 orang guru iaitu Cikgu Roslan b Mohamad dan juga Mr Tan Suay Saeng. Majlis ini telah dijalankan pada hari Rabu (12/11/2014) di dewan SK Bukit Bayas. Sedikit menyedihkan kerana Cikgu Roslan tidak dapat hadir pada majlis ini kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.







## Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar
       Menjadi acara tahunan di setiap kali penghujung tahun, Majlis Graduasi Pra Sekolah Ibnu Hajar dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Murid SK Bukit Bayas telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari Isnin (17/11/2014) di Dewan SK Bukit Bayas. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ia dirasmikan oleh YBHG Dato' Mohd Sabri bin Alwi, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.


## Jamuan Akhir Tahun Guru-guru
       Setelah bertungkus lumus sepanjang tahun mendidik murid-murid SK Bukit Bayas, tiba lah masanya Guru-guru menikmati jamuan akhir tahun  yang gilang gemilangnya diadakan di Restoran Matahari pada hari Isnin (17/11/2014). Jamuan ini bermula pada jam 2.00 petang. Semoga guru-guru lebih memberikan komitmen yang semaksima mungkin demi melahirkan murid SK Bukit Bayas berjaya, cemerlang dan gah di mata dunia. Insya Allah....







## Majlis Penyerahan Keputusan Ujian UPSR, Sijil Tamat Sekolah dan Profail Murid-murid Tahun 6 2014

       Setelah pelbagai isu yang dikaitkan dengan peperiksaan Ujian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, inilah saat yang dinanti  oleh semua murid tahun 6, begitu juga dengan murid-murid tahun 6 SK Bukit Bayas. Saat-saat mendebarkan apabila keputusan UPSR diumumkan pada hari Khamis (26/11/2014). Seramai 48 orang calon UPSR dari SK Bukit Bayas telah menerima keputusan pada jam 10.30 pagi, ada yang suka dan tidak ketinggalan ada yang menitiskan airmata kecewa.Ucapan setinggi tinggi tahniah buat 3 orang murid yang berjaya menggondol 5A UPSR..Semoga terus maju dan maju untuk masa akan datang.















Sabtu, 4 Januari 2014


Assalamualaikum, Permulaan hari Ahad pertama untuk tahun baru 2014. Semoga kehadiran murid-murid ke SK Bukit Bayas sentiasa dibawah lindunganNya dan sentiasa Diberkati hendakNYA. amin....

Warga SKBB sentiasa mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke sekolah dengan penuh senyuman terukir di bibir. 

In Sya Allah...


Rabu, 12 Jun 2013

PROGRAM NAIK TARAF BILIK-BILIK UTAMA SK BUKIT BAYAS 2013


13 April 2013 - Pihak Pengurusan Sekolah bersama-sama guru dan murid SKBB telah mengadakan satu program yang diberi nama Program Naik Taraf Bilik-bilik Utama.

RASIONAL nya program ini adalah bilik-bilik utama di sekolah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu, ianyya hendaklah sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih, menarik dan ceria.
Dengan adanya Program Naik Taraf ini, bilik-bilik tersebut akan sentiasa dibuat penambahbaikan agar mencapai apa yang disasarkan.

OBJEKTIF - Memastikan bilik-bilik utama ini sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
Menanam rasa tanggungjawab di kalangan warga SKBB
Memastikan bilik-bilik tersebut dibuat penambahbaikan mengikut kemampuan tenaga dan kewangan sekolah.




BILIK KESIHATAN YANG TELAH DI TRANSFORM




BILIK jQAF

BILIK TAYANG @ MEDIA


PUSAT SUMBER SEKOLAH


Selasa, 11 Jun 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan secara rasminya pada 16 Mei 2013 (Khamis) bertempat di Sk Bukit Bayas.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Di Pertua PIBG SK Bukit Bayas iaitu Encik Ariffin bin Ali.


Majlis ini dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku, di ikuti dengan ucapan wakil ketua murid SK Bukit Bayas.

Selepas itu majlis di teruskan dengan Ucapan Yang Di Pertua PIBG, Bacaan Perutusan oleh Wakil Pengarah Pelajaran Terengganu.

Setelah selesai ucapan tersebut, Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, dan diikuti dengan Ikrar Hari guru yang dipimppin oleh Ustaz Zakaria b Said.

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia telah dinyanyikan oleh semua guru dengan penuh semangat dan majlis pagi di akhiri dengan sesi bergambar.







Antara kenangan-kenangan terindah dan saat gembira DI HARI GURU SK BUKIT BAYAS




Isnin, 4 Februari 2013

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN SESI 2013



03 Feb (Ahad) - Sk Bukit Bayas telah mengadakan satu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Media dan juga Pengawas Pusat Sumber secara serentak. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Bayas, En Ismail b Abd Rahman.

Seramai 43 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, 34 orang murid dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber dan 11 orang murid dilantik sebagai Pengawas Media Sekolah.